Most welcome here. Together we achieve Jannatul Firdaus. Powered by Blogger.
RSS

Thursday, September 22, 2011

Vectors

Assalamualaikum. Alhamdulillah terniat nak mencoretkan sesuatu yang ada dalam ilmu fizik untuk diterapkan dalam kehidupan. Alhamdulillah sekali lagi kerana dikurniakan ana untuk ditempatkan di sebuah universiti yang sangat bercirikan Islam sehingga profesor-profesor hebat dalam bidang kejuruteraan sangat-sangat mementingkan Islam dalam kehidupan. Teringat daku pada saintis-saintis hebat Islam seperti Jabir Ibn Hayyan yang banyak melakukan kajian dalam ilmu kimia,al-Jazari yang juga digelar bapa robot dan ramai lagi. Allah bertuahnya daku berada disini.

Coretan kali ini ringkas sahaja iatu berkaitan vector. Dalam buku Engineering Mechanic Static dinyatakan maksud vector is any physical quantity that requires both a magnitude and direction for its complete description. Seperti yang ditunjukkan gambar diatas, itulah vectors. Dia ada 2 atau lebih arah dan daripada 2 arah itu akan terbentuk satu lagi arah ataupun ia dipanggil dengan istilah resultant. kekuatan resultant bergantung kepada kekuatan 2 arah pada paksi X dan Y dan juga darjah yang membezakan dua arah tersebut. kalau dalam gambar diatas, darjahnya ialah 90 darjah.

Jadi sebagai nak memahami konsep vector ni, semakin kurang darjah ataupun pun senang faham semakin selari dua arah vector itu, makan semakin kuat resultant yang terbentuk. Dalam gambar rajah diatas ni tiada garis resultant. Hanya bayangkan sahaja garis resultant wujud ditengah2 antara 2 garis itu. maka, hipotesis yang dapat dibuat, semakin selari dua garis vector maka semakin kuat resultant nya.

Sedang asyik khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh prof dihadapan, dia tiba-tiba berhenti mengajar dan ambil sedikit kesempatan untuk sampaikan tentang Islam. Katanya, dia membuat andaian, jika vector yang menegak ibarat ibu dan vector yang melintang ibarat ayah, apa akan jadi pada anaknya?? kalau ibu dan ayah berada pada arah yang sama bermaksud selari seperti yang dihuraikan diatas, maka bagaimana pula anaknya? jadi apa yang dapat difahami, jika ibu dan bapa masing-masing sibuk dengan hal masing2, si ibu dengan kerjanya, si ayah pula dengan kerjanya, maka anaknya akan terabai. mereka perlu bersatu seiring dalam mendidik anak dan membesarkan anak, bukan memelihara anak seperti yang terjadi dalam kalangan masyarakat sekarang.

Begitu juga dengan umat Islam umumnya. Kita perlu bersatu. Jangan ada pertelingkahan. bertolak ansurlah walaupun ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh saudara kita. saling memaafkan. tak susah kan. apa guna kita berselisih faham sehingga menyebabkan pertelingkahan berlaku. Ini bukan seperti yang diajarkan Islam.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Dalil-dalil diatas cukup untuk membuktikan bahawa menjaga hubungan persaudaraan sangat-sangat penting dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Rasulullah saw sendiri yang merupakan seorang manusia pilihan telah menunjukkan bagaimana seharusnya umat Islam senantiasa menjaga hubungan persaudaraannya. Melalui sabdanya, beliau telah begitu banyak mengingatkan kepada umatnya untuk senantiasa menjaga keutuhan persaudaraanya di dalam Islam, kerana Islam adalah agama yang mengharamkan umatnya untuk memutuskan tali persaudaraan atau silaturahmi, terutama dengan saudara yang berada dalam satu naungan agama Islam.

Jadi cukup sekadar itu. kesimpulannya, jangan anggap belajar duniawi tiada kaitan dengan ukhrawi.hehe. Allah beri kita akal untuk fikir. Jika tidak fikir, kita tak tahu. Bagi kuffar mereka tidak anggap ilmu fizik sebagai ilmu keagamaan. Sesungguhnya setiap apa yang wujud itu, datang daripada Allah jua. Wallahualam. selamat beramal. :)

0 comments:

Post a Comment