Most welcome here. Together we achieve Jannatul Firdaus. Powered by Blogger.
RSS

Thursday, September 22, 2011

Vectors

Assalamualaikum. Alhamdulillah terniat nak mencoretkan sesuatu yang ada dalam ilmu fizik untuk diterapkan dalam kehidupan. Alhamdulillah sekali lagi kerana dikurniakan ana untuk ditempatkan di sebuah universiti yang sangat bercirikan Islam sehingga profesor-profesor hebat dalam bidang kejuruteraan sangat-sangat mementingkan Islam dalam kehidupan. Teringat daku pada saintis-saintis hebat Islam seperti Jabir Ibn Hayyan yang banyak melakukan kajian dalam ilmu kimia,al-Jazari yang juga digelar bapa robot dan ramai lagi. Allah bertuahnya daku berada disini.

Coretan kali ini ringkas sahaja iatu berkaitan vector. Dalam buku Engineering Mechanic Static dinyatakan maksud vector is any physical quantity that requires both a magnitude and direction for its complete description. Seperti yang ditunjukkan gambar diatas, itulah vectors. Dia ada 2 atau lebih arah dan daripada 2 arah itu akan terbentuk satu lagi arah ataupun ia dipanggil dengan istilah resultant. kekuatan resultant bergantung kepada kekuatan 2 arah pada paksi X dan Y dan juga darjah yang membezakan dua arah tersebut. kalau dalam gambar diatas, darjahnya ialah 90 darjah.

Jadi sebagai nak memahami konsep vector ni, semakin kurang darjah ataupun pun senang faham semakin selari dua arah vector itu, makan semakin kuat resultant yang terbentuk. Dalam gambar rajah diatas ni tiada garis resultant. Hanya bayangkan sahaja garis resultant wujud ditengah2 antara 2 garis itu. maka, hipotesis yang dapat dibuat, semakin selari dua garis vector maka semakin kuat resultant nya.

Sedang asyik khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh prof dihadapan, dia tiba-tiba berhenti mengajar dan ambil sedikit kesempatan untuk sampaikan tentang Islam. Katanya, dia membuat andaian, jika vector yang menegak ibarat ibu dan vector yang melintang ibarat ayah, apa akan jadi pada anaknya?? kalau ibu dan ayah berada pada arah yang sama bermaksud selari seperti yang dihuraikan diatas, maka bagaimana pula anaknya? jadi apa yang dapat difahami, jika ibu dan bapa masing-masing sibuk dengan hal masing2, si ibu dengan kerjanya, si ayah pula dengan kerjanya, maka anaknya akan terabai. mereka perlu bersatu seiring dalam mendidik anak dan membesarkan anak, bukan memelihara anak seperti yang terjadi dalam kalangan masyarakat sekarang.

Begitu juga dengan umat Islam umumnya. Kita perlu bersatu. Jangan ada pertelingkahan. bertolak ansurlah walaupun ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh saudara kita. saling memaafkan. tak susah kan. apa guna kita berselisih faham sehingga menyebabkan pertelingkahan berlaku. Ini bukan seperti yang diajarkan Islam.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Dalil-dalil diatas cukup untuk membuktikan bahawa menjaga hubungan persaudaraan sangat-sangat penting dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Rasulullah saw sendiri yang merupakan seorang manusia pilihan telah menunjukkan bagaimana seharusnya umat Islam senantiasa menjaga hubungan persaudaraannya. Melalui sabdanya, beliau telah begitu banyak mengingatkan kepada umatnya untuk senantiasa menjaga keutuhan persaudaraanya di dalam Islam, kerana Islam adalah agama yang mengharamkan umatnya untuk memutuskan tali persaudaraan atau silaturahmi, terutama dengan saudara yang berada dalam satu naungan agama Islam.

Jadi cukup sekadar itu. kesimpulannya, jangan anggap belajar duniawi tiada kaitan dengan ukhrawi.hehe. Allah beri kita akal untuk fikir. Jika tidak fikir, kita tak tahu. Bagi kuffar mereka tidak anggap ilmu fizik sebagai ilmu keagamaan. Sesungguhnya setiap apa yang wujud itu, datang daripada Allah jua. Wallahualam. selamat beramal. :)

Monday, September 19, 2011

Assalamualaikum!!!

Awwalulkalam bi Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dikurniakanNya kesempatan yang amat singkat ini untuk menyampaikan sedikit kerisauan dan nasihat yang terbuku dihati sejak sekian lama untuk diluahkan.

Pernah tak sahabat-sahabat dengar perkataan seperti ini, Bro apecer? Hey, Hye, Hoi?? pernah kan? selalunya perkataan ni dilafazkan tatkala bertemu dengan member la kan. Kalau jumpa awek pulak, Hye sayang.. Dah lame tunggu? sorry for the late.. whatever la you nak cakap ape pun, masyarakat sekarang seolah-olah sudah melupakan amalan-amalan sunnah Rasulullah yang salah satunya apabila bertemu sesama kamu hendaklah kamu ucapkan salam. ASSALAMUALAIKUM.

Perkara pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, berikanlah makan, jalinkanlah silaturrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 ) 

Kenapa amalan memberi salam ini sangat dittik beratkan dalam Islam? Pernah sahabat-sahabat terfikir apa maksud salam itu sendiri? Salam sejahtera ke atas. Ya, kita mendoakan kesejahteraan seseorang dan apabila lafaz salam diucapkan, wajib bagi kita untuk menjawab salam yang diberikan dengan lafaz waalaikumuslam wbt. Firman Allah SWT:

إِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ حَسِيبًا

 “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (QS. an-Nisa: 86)


Lafaz jawab salam itu juga mendoakan kembali kebahagian kepada pemberi salam. Allah.. Mendoakan bukan hanya pada solat bukan hanya pada doa-doa rasmi. tapi mendoakan orang juga dalam keadaan bersilaturrahmi..
Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . .

Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”      (HR. Muslim 2162)

Dalam dalil yang lain sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman tentang kisah para malaikat yang datang bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ () إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ

“sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim Yang dimuliakan?ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!” ia menjawab: salam sejahtera kepada kamu! “(Sambil berkata Dalam hati): mereka ini orang-orang Yang tidak dikenal.” (Adz-Dzariyat: 24-25)

Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda,

لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنَ الْمَلَائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ. فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَقَالُوا السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ (متفق عليه)

“Tatkala Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam ‘alaihissalam berkata, “Assalamu’alaikum”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”. (HR Bukhari 6227 dan Muslim 2841).


Jadi, sebagai Muslim, tidak sukar bagi kita untuk melafazkan kalimah yang pendek tetapi sangat bermakna. Mari sama-sama kita amalkan warisan Nabi yang sudah lama ditinggalkan. InsyaAllah.. Selamat Beramal. :)

Tuesday, September 13, 2011

Layakkah Aku??

Layakkah Aku??
Layakkah aku mengaku hambaMU sedangkan aku tidak mengenaliMU
Layakkah aku mengaku hambaMU sedangkan solat tidak menjadi sebati dalam darah dagingku
Layakkah aku mengecap segala nikmatMu sedangkan aku sombong terhadapMu

Layakkah aku???
Layakkah aku mengaku umatmu sedangkan aku tidak berselawat kepadamu
Layakkah aku mendapat syafaatmu sedangkan dirimu aku lupakan
Layakkah aku digelar anak soleh jika ibu dan bapaku terabai dirumah
Layakkah aku digelar anak soleh jika hati ibu dan bapaku selalu digoresi olehku

Layakkah aku??
Layakkah aku mendapat si solehah jika aku bukan seorang yang soleh
Layakkah aku mendabakan si solehah jika pandangan mataku terhadap wanita penuh bernafsu
Layakkah aku beristerikan si solehah jika imam solat pun aku tak mampu

Layakkah aku??Persoalan layak atau tidak seringkali dilontarkan. Ya, ia amat sesuai sekali untuk mengenali diri sendiri yang serba kekurangan. Tiada yang sempurna di dalam dunia ini. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, persoalan 'layakkah aku???' sangat-sangat tidak patut dilontarkan jika ia melibatkan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. contohnya..

"Layakkah aku berkawan dengan diorang. mereka sangat baik menjaga adab percakapan dan sebagainya sedangkan aku sangat-sangatlah berbeza dari mereka bagaikan langit dan bumi"

persoalan sebegini dianggap membawa mudarat kepada diri sendiri. Hidup berukhwah tidak perlu kepada yang sedemikian. yang perlu dihindarkan bukan rakan-rakan yang baik tetapi rakan-rakan yang tidak mampu membawa kita ke arah Islam. Jika sifat dan sikap mereka baik apa salahnya kita berkawan kan. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan jadi seperti mereka.

Satu lagi persoalan layak sering dikaitkan dengan pemakaian jubah dan serban. Allah.. siapakah kita??

SAYA MENGAKU SAYA UMAT NABI MUHAMMAD SAW!!

rasanya kalau tanya semua orang akan cakap macam tu kan. Apa guna mengaku umat Nabi jika pemakaian sunnah tidak diamalkan. Pakai jubah dan serban bukanlah berdasarkan kepada ketinggian ilmu yang dimiliki, ia datang dari hati yang ikhlas untuk mengamalkan sunnah. Kalaula Nabi bersabda kepada yang alim sahaja yang boleh ikut pakaian sunnah, berapa kerat sangatla kan nak pakai macam tu. You are free to follow the sunnah man! Atas pengalaman saya dalam berpakaian sunnah ni, saya dapat rasakan satu kelainan wujud dalam diri. contohnya, bila kita berpakaian berjubah dan beserban, secara automatik kita akan jadi lebih baik dan lebih sopan dari keadaan kita dalam keadaan berpakaian jeans dan sebagainya. selain tu, kita akan terus-menerus berasa bangga memakai pakaian yang dipakai oleh manusia termulia, Muhammad SAW, sedangkan orang lain mengikut pakaian idola-idola artis kegemaran mereka.

jadi sebagai kesimpulan, di dalam hidup kita perlu sentiasa ada improvement. jangan biarkan diri kita macam tu saja sampai tua. perlu kepada perubahan, perubahan yang positif. andai terasa berat atau terganggu dengan misi perubahan kita, mohonlah kepada Ilahi, Dia Maha Mendengar, dan Dia jugalah yang kurniakan dugaan-dugaan kepada kita hanya sebagai penguji tahap keimanan kita. insyaAllah Dia akan membantu.. Jangan ambil jalan yang salah! selamat beramal.. :)

Monday, September 12, 2011

Tiada Dendam Walau Hati Disakiti

Kematian bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib membawa kesan mendalam terhadap jiwa baginda. Ini menyebabkan kaum Quraisy memperhebatkan gangguan terhadap kerja-kerja dakwah yang dilakukan Rasulullah SAW. Jika sebelum ini, Abu Talib merupakan nadi utama perjuangan Rasulullah SAW, tetapi pada kali ini Rasulullah SAW bersendirian berhadapan dengan musuh-musuh yang sentiasa menentangnya.

Selain Kota Mekah, Taif, bandar kedua terbesar di Hijaz, Rasulullah SAW berharap dapat mempengaruhi Bani Thafiq yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai supaya menerima ajaran Islam.

Rasulullah SAW berharap jika Bani Thafiq menerima ajaran Islam, sekurang-kurangnya ia menjadi pelindung kepada mereka yang telah memeluk Islam daripada gangguan puak Quraisy. Rasulullah SAW juga berhasrat menjadikan Taif sebagai pusat penyebaran dakwahnya. sebaik sahaja Rasulullah sampai di Taif, baginda mengunjungi tiga ketua puak Bani Thafiq secara berasingan. Rasulullah SAW cuba menyampaikan ajaran Islam tetapi tidak semudah itu meraka mahu menerimanya.

Ketika menyampaikan ajaran Islam, bukan sahaja mereka enggan mendengar malah Rasulullah SAW dilayan dengan cara yang kasar dan langsung tidak menghormati sesama manusia.

"Kami tidak suka kamu datang ke sini menyebarkan ajaran agamamu. Kalau kamu hendak mempengaruhi kami, lebih baik kamu tingalkan tempat ini kecuali jika kamu bersedia menerima ancaman daripada kami," ujar salah seorang pemuka yang didatangi oleh Rasulullah SAW yang berupa ugutan.

"Kami datang ingin membawa kebenaran dan saya diutus oleh-Nya,"terang Rasulullah SAW dengan lemah lembut dan sopan.

"Hoi! Benarkah Allah telah melantik kamu menjadi pesuruh-Nya? Tidak bolehkan Allah memilih orang lain selain engkau menjadi pesuruh-Nya?" balas ketua kedua puak Bani Thafiq yang ditemui dengan bahasa kasar sambil mengejek-ngejek.

Walaupun Rasulullah SAW menerima cemuhan dan ejekan tetapi baginda tidak berputus asa untuk menyedarkan Bani Thafiq. Rasulullah SAW pergi pula kepada ketua ketiga Bani Thafiq.

Pemuka ketiga Bani Thafiq ini juga tidak kurang hebatnya melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah SAW di samping mengejek dan memperkecilkan perjuangannya.

"Kalau engkau benar-benar seorang nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan kamu kerana ini akan menyebabkan bencana kepada dirriku. Sebaliknya jika kamu seorang pendusta, tidak ada guna aku bercakap dengan engkau," kata ketua ketiga Bani Thafiq dengan  sombong dan tidak memberi peluang kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan ajarannya. Walaupun penerimaan Bani Thafiq tidak sebagaimana yang diharapakan,baginda tidak mudah berputus asa malah ketabahan dan kecekalan hatinya semakin bertambah.

Apabila Rasulullah SAW gagal mempengaruhi ketua-ketua Bani Thafiq, Rasulullah SAW menghampiri pula rakyat biasa. Tetapi penerimaan mereka pula lebih dahsyat. Selain tidak mahu menerima ajaran yang disampaikan, Rasulullah SAW juga menerima nasib yang sama.

Akhirnya Rasulullah SAW berhasrat meninggalkan Taif  tetapi tidak semudah itu mereka mahu melepaskan Rasulullah SAW begitu sahaja. baginda menerima ancaman, cemuhan, gangguan dan dilempar dengan batu sehingga menyebabkan Rasulullah SAW  luka-luka dan mukanya berdarah.

Setelah agak jauh meninggalkan Taif, Rasulullah SAW berehat sebentar dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku serta kekurangan upayaku peda pandangan manusia. Wahai Tuhan, kepada siapa Engkau serahkan diriku? kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang simpati terhadapku. Tidak keberatan bagiku asalkan aku dalam keredhaan-Mu. Aku berlindung dengan cahaya mukaku yang mulia yang menyinari langit dan yang menerangi kegelapan di mana teratur urusan dunia akhirat. Jika Engkau menimpakan kemarahan-Mu ke atasku atau daripada Engkau turun azab-Mu kepada engkaulah aku adukan masalahku sehingga Engkau reda. Tidak ada daya dan upaya melainkan Engkau."

Begitulah doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW dalam menghadapi detik getir seperti itu. Kemudian Allah telah mengutus Jibril untuk menemui Rasulullah SAW.

Sesampai sahaja Jibril di hadapan Rasulullah SAW, Jibril terus memberi salam dan berkata, "Allah telah mengetahui apa yang kamu alami dan Allah telah menyediakan gunung dan ganang untuk melakukan apa sahaja perintah daripada kamu."

Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa dan bersyukur kerana Allah telah mendengar doa dan mengutuskan malaikat Jibril menemuinya.

Belum sempat Rasulullah SAW bersuara, Jibril berkata lagi, "Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan apa yang tuan perintahkan. Jika tuan mahu saya lagakan gunung-ganang ini sehingga penduduk Bani Thafiq ini mati tertimbus, saya akan laksanakan tetapi jika tidak, tuan cadangkanlah apakah balasan yang selayaknya mereka terima."

sebaik sahaja mendengar pengakuan Jibril itu, timbullah pula rasa belas dan kasihan terhadap Bani Thafiq jika perkara intu benar-benar berlaku.

"Walaupun mereka tidak mahu menerima Islam, tetapi saya yakin pasa suatu hari nanti anak dan cucu mereka akan menyembah Allah. Janganlah hukum mereka," pinta Rasulullah SAW yang memiliki sifat belas ihsan yang tinggi walaupun hatinya luka disakiti.

*dipetik dari buku yang bertajuk 'Aku Sanggup Duhai Muhammad...'

Friday, September 2, 2011

Copied From Facebook.. :D

::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥::

۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞
۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞
۞•لا اله الا الله محمد رسول الله•۞
۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞
۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞

::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥::

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

(◕‿◕"),✰˚
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¸¸.¤*¨**♥✿♥*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
✿ Duhai wanita muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu... kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan...
✿ Ingat, jangan kamu hukum diri hanya kerna menganggap kamu gagal menjaga dirimu..!
✿ Sedarlah, semakin mantap imanmu, semakin besar ujian yang Allah akan berikan...Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.(2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada.
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
✿ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan; dan sungguh Allah s.w.t apabila mencintai suatu kaum, diujiNya mereka dgn dugaan. Untuk itu, barangsiapa yg redha maka baginya keredhaan dari Allah, sedang barangsiapa yg marah maka baginya kemarahan dari Allah. (HR Tarmidzi)
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
✿ Kerap kali wanita muslimah menyalah-nyalahkan diri bila ada kaum Adam yang menyatakan perasaan ataupun menunjukkan minat pada dirinya..lantas terlahir di bibirnya:
"Ya Allah, aku sudah menjadi fitnah buat diri mereka...!" lalu dihukum dirinya...
✿ Sebaliknya, perkasakan dirimu dengan tarbiah dan amal soleh.. berlagak biasa sahaja dengan mereka dan jaga tingkah lakumu agar mereka tidak terpesona dengan suaramu yang manja atau kerenahmu yang keanak-anakan dan mempersonakan... jika boleh, bertegaslah dengan dirimu sendiri...
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥

ƸӜƷ Girls are like apples on trees. The best ones are at the top of the tree. The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of failing and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good,but easy. So, the apples at the top think something is wrong with them. When in reality they're amazing.They just have to wait for the right boy to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree..
ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ

°˚˚ﷲ♥♥Ya Allah..
Titipkan ketenangan buat dia yang sedang keresahan..
Ya Allah,kembalikan keceriaan buat dia yang kedukaan..
Ya Allah,gantikan tangisan dia dengan senyuman..
Ya Allah,jika ini ujian maka berikan dia kekuatan..
Ketahuilah tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.
Tiada yang lebih dekat kepadamu melainkan Allah.
Maka rintihlah segalanya dalam doa dan sujudmu kepadaNya°˚˚ﷲ♥♥❤
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿
Jika kau juga mncintai ssorang,
maka ingatlah pada Yang Maha Mnciptakan kekasihmu
ingatlah pada Yang Maha Menggenggam hati kekasihmu
ingatlah pada Yang Maha Menguasai kekasihmu
dan ingatlah Yang Maha Menanamkan rasa CINTA dlm hatimu itu
Dia adalah ALLAH SWT...

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿

........ , . - . - , _ , .........
......... ) ` - . .> ' `( ........
........ / . . . .`\ . . \ ........
........ |. . . . . |. . .| .......
......... \ . . . ./ . ./ .......... Sekuat mana pun GODAAN yang harus kita hadapi,
........... `=(\ /.=` ...........Sekuat mana pun CABARAN yang harus kita lalui,
............. `-;`.-' ............ Sejauh mana pun HARI-HARI yang perlu kita tempuhi,
............... `)| ... , ........ Jangan pernah berhenti BERHARAP dari pertolongan ILAHI..
................ || _.-'| ....... Kerana Hanya Dia Sebaik2 PENOLONG..
...............,_|| \_,/ ........
....... , ..... \|| .' ............
....... |\ |\ ,. ||/ .............
.... ,..\` | /|.,|Y\, ............
..... '-...'-._..\||/ ............
......... >_.-`Y| ..............
.............. ,_|| .............
................ \|| ............
................. || ............
................. || .............
................. |/ .....................
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Ƹ̵D̡Ӝ̵Ʒ..•°*"˜ ☆ ¸..•´¨¨)) -:¦:- ✿ܓ jadikanlah dirimu mawar yang menyeri &
.(ړײ)/       ¸.•´….•´¨¨)) menguntum di jalan dakwah &
.«▓       ((¸¸.•´ ¸.•´.-♥ biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan2
.... ╝╚ …♥ ..♥♪♫ ✿♪ ✿ܓ utk merasai harumnya kasih Allah (◠‿◠✿)
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
˚˚ﷲ♥ Mencintai seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andainya Allah mentakdirnya dia untuk kau miliki, atau Allah akan mengganti dengan yg jauh lebih baik dari yg sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yg bukan menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yg bukan milikmu..kerna mencintai tak bermaksud memiliki..tapi memiliki itu kerana mencintai..

ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿
Cinta selayaknya seperti rama-rama...
Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita..
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka...
apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu tanpa kau sangka2
✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤
Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita...
✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥)
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥)
─(♥)████████(♥)████████(♥)
─(♥)██████████████████(♥)
──(♥)████████████████(♥)
────(♥)████████████(♥)
──────(♥)████████(♥)
────────(♥)████(♥)
─────────(♥)██(♥)
───────────(♥)
˚˚ﷲ♥ Tuhanku... (◕‿◕)
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yg terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yg terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yg ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yg hinggap dlm hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki..

●❤ Jika RINDU ini bertatah, aku HARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu, aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah..damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah KASIH mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati BUKAN pada fikiranku tapi pada redhaMu..aku RINDU padaMu..●❤

✿● Inikan cinta, bertemu dan bersatu tanpa keduanya tahu..
✿● Inikan cinta, tenang di hati tersenyum sendiri..
✿● Inikan cinta, tidak ribut tidak menunjuk untuk hidup..
✿● Inikan cinta, tidak perlu bicara namun tetap dirasa..
✿● Inikan cinta, tangis tiba sebelum ketawa ria..
✿● Inikan cinta, sejarah lama kita terima..
✿● Inikan cinta, ilmu dan amal jadi pembela..

__________▓\▓▓\\▓▓▓\
____/\/▓▓(▓(@)▓)▓▓/▓\▓▓\/\
____\\▓▓\▓\//▓/▓▓//▓▓\\▓▓/ ▓\
__|\_/▓\▓▓!\▓/▓/▓//▓▓▓▓\,▓ ▓▓\
__|▓!▓\▓▓▓▓\▓//▓▓▓▓▓▓!▓▓▓/ \
__\▓!▓\▓▓▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓!▓▓▓▓!
___\▓\▓\▓▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓▓!▓▓/
____\▓\▓▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓▓/▓▓/
_____\▓\▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓/▓▓▓/
___,,/▓▓▓\\/▓▓▓▓▓▓▓/▓▓▓/ Ada hikmah Allah ciptakan bunga
_______\▓\▓▓▓▓▓▓▓/▓▓▓\| ROS. Kalau difikirkan dengan akal yg waras
__________\\▓▓▓▓▓/▓/\! memang mendalam maksudnya. Setiap perkara
______________\▓▓/— yang sedap/cantik itu kebanyakan berbahaya pada
_______________▓—— diri kita sendiri...
______,,,,,,,,,,.,,_▓,,,,, ,,,,
_____/▓▓/▓▓▓\`|▓▓▓\▓▓\
____/▓▓/▓▓▓▓_\▓▓▓\▓▓▓\
___!▓▓/▓▓▓▓/__\▓▓▓\▓▓▓!
___\▓▓/▓▓▓/___I▓\▓▓!▓▓/
____\▓/▓▓/____I▓\▓!▓/
______\▓/_____I▓_\▓/
_______\/_____I▓__\
_____________.I▓
_____________.I▓
_____________.I▓
_____________.I▓—..

˚˚ﷲ♥ ˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥

Jangan memberi harapan pada yg belum pasti..
kelak ada insan yg bakal dilukai...
jangan menaruh harapan pada yg belum tentu dimiliki..
nanti hati yg kecewa sendiri..
Sebaliknya,gantunglah segenap pengharapanmu pada Yg Maha Memberi..
Nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi dan dikecewakan..
Kerna DIA Maha Mendengar pengharapanmu dan Dia pasti merealisasikan dengan caraNya yg terssendiri...
Bersabar dan bersangka baik pada Penciptamu kerna Dia lebih memahamimu berbanding dirimu sendiri..

¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Sungguh adalah suatu kebahagiaan bahwa anak Adam melakukan ISTIKHARAH dan senang dengan apa yang Allah takdirkan bagi dirinya dan sungguh adalah kesengsaraan jika seorang anak Adam meninggalkan ISTIKHARAH dan berkeluh kesah dengan takdir Allah. . .
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Feelings are much like waves.we can't stop them from coming but we can choose which one to surf.The best feeling ever, is when you feel so safe,right after you have prayed. Perform ur istikharah...

Don’t be too hurry in love, find a companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah.. ♥
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤

✬ Cinta itu ibarat air di telapak tangan, jika aku gengggam tanganku, maka air itu akan hilang, tapi biarkanlah tanganku terbuka kerana dengan begitu tidak akan pergi ke mana-mana.
レo√乇♥ F٥гﻉ√ﻉг & ﻉ√ﻉг
___ *♥* ______*♥*
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥*
*♥*_____*♥* ____ *♥*
*♥*_______________♥*...
_*♥*____________*♥*
___*♥*________*♥*
_____*♥*___*♥*
_______*♥*♥*
♥ ❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ ♥
CINTA Dan KASIH SAYANG Manusia Cuma Setitis Jika Dibandingkan Dengan
Selautan Cinta Dan Kasih Sayang ALLAH.jIKA eNGKAU kEHILANGAN yANG
sETITIS iTU,iA tIDAK aKAN mENJEJASKAN kEHIDUPANMU sELAGI yANG
sELAUTAN iTU mASIH eNGKAU mILIKI..
♥ ❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ ♥

> muhasabah bersama
Jiwa manusia sangat sensitif dengan RASA dan RINDU.
Apabila ia telah merasakan nikmatnya sesuatu,
Maka ia akan terus merindukannya.
Kerana itu,
Jika seorang hamba telah merasakan MANISnya keIMANan,
Dan keINDAHan IMAN telah bersemi dengan QALBUnya,
Maka akan kukuh keCINTAannya kepada~NYA
Dan selamanya tidak akan goyah oleh sesuatupun
(¯`*•.¸♥ Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ♥¸.•*´¯)

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤
perancangan kita dan Perancangan ALLAH...
maka Perancangan ALLAH lebih sempurna....
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨* •♫
♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥

(¯`*•.¸wanita adalah PERHIASAN, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, disimpan dalam almari, kemudian almari itu dikunci, dan almari itu ada di dalam kamar, kemudian kamar itu dikunci, kamar itu berada di dalam rumah, kemudian rumah itu pun dikunci, dan rumah itu ada pagarnya, kemudian pagar pun dikunci, dikunci, dikunci, dikunci, dan dikunci, dan pemilik kunci itu adalah SUAMInya kelak¸.•'´ ¯) ♥

─▄▀▀█▀▀▄
▐▌HATIKU ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█



♫•*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ﷲ .♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSIL kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH.. Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK.. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..InsyaAllah,amin ya Allah..
♫•*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

TIADA DAYA & UPAYA KITA MELAINKAN HANYA DENGANNYA YG MAHA KUASA~!
(✿◠‿◠) ...الله أعلم

Thursday, September 1, 2011

Hakikat Bersyukur

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.

Alhamdulillah hari ni terdetik nak menulis setelah puas makan ketupat. hehe. Assalamualaikum semua. Suatu hari ada seorang ni ada berkata, saya ada seorang kawan yang tak tahu bersyukur. Dengan rasa terkejutnya, terpegun dihati nak dengar apa cerita yang bakal diceritakan tentang seseorang yang tak tahu bersyukur ni. Katanya, orang ini suka memuntahkan makanan setelah makan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan bentuk badan supaya kelihatan slim, x gemuk. Namun, bila dikaji, sebenarnya ia adalah sejenis penyakit yang dipanggil aneroxia nervosa. Seseorang akan ketagih melakukannya sehingga badan akan kelihatan terlalu kurus dan boleh membawa maut. Rata-rata pengidap penyakit ini ialah kaum hawa. Yela kaum hawa kan suka menjaga bentuk badan, xmau gemuk, nnt orang tak suka, kawan-kawan mengata, boyfriend lari, dan macam2 lagi la kan alasan untuk kekal slim. Ada yang makan pil dan x kurang juga yang berdiet sampai tak makan2. MasyaAllah... Senaman tak jugak kan...

Namun, cerita diatas memang melambangkan identiti sesorang yang tak tahu bersyukur atas nikmat sihat dan makanan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba2Nya. Rata2 orang tahu akan hakikat ini. Tapi, ramai yang tidak tahu, hakikat yang lebih besar tentang nikmat Allah SWT kepada kita iatu nikmat iman dan Islam. Ramai ke yang tahu nikmat ni? Rasanya tak. Kalau semua orang menghargai nikmat ini, tiada masalah akan berlaku. Tiada pertelingkahan, tiada perceraian, tiada perzinaan, tiada buangan bayi, tiada itu dan tiada ini. Mereka tidak sedar bahawa nikmat yang Allah kurniakan untuk terus yakin bahawa Allah itu Maha Esa tidak digunakan sebaiknya. Mereka hanya mengaku dimulut, tetapi tidak dihati. Hidup mereka dikuasai nafsu.

“Mereka mengetahui nikmat Allah kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” 
QS.An Nahl : 83

Saya pernah berkenalan dan masih berhubung dengan kawan2 saya yang muallaf masa di pondok dulu. Kehidupan mereka sangat berbeza. Bangun pukul 4 pagi, tahajjud, baca Quran, balik kelas, baca Quran lg, cara percakapan mereka sangat2 melambangkan identiti seorang yang beriman. Itulah contoh orang yang menghargai nikmat iman. Yang kita ni dah lama Islam, sejak kecil diasuh dengan nilai Islam, tapi bila dah mengijak dewasa, tiada lagi Islam dihati, mana pergi tudung, mana pergi seluar panjang, mana pergi baju longar, mana pergi Quran yang selalu baca, mana masjid yang selalu pergi, mana tikar sejadah, mana mana mana??? Mana iman kita?? Iman seperti jasad manusia perlukan makanan. Makanan iman ialah nasihat. Nasihat-nasihat yang mendekatkan diri kepada Pencipta. Disini perlunya istiqamah dalam menghadiri majlis-majlis ilmu, berkawanlah dengan kawan-kawan yang soleh. Jangan terlalu sibuk mencari kekayan dunia kerana hakikatnya kita akan kemabali kepada Allah.



U-Turn
Pada rakan-rakan pembaca yang sudah terlajak jalan, perlulah cari simpang u-turn, takut nanti tersesat jalan. pada yang sudah menyimpang dari jalan Allah, kembalilah. sedarlah hakikat, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Buatlah apa yang disuruhNya dan tinggalkanlah apa yang dilarangNya. Ingat lagi pada pesanan Syeikh Fahmi Zam Zam, kata beliau,

"masa yang diberikan Allah untuk kita bersyukur pun belum tentu kita dapat mensyukurinya"

Allah... marilah kita sama-sama bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan. Jangan jadi seperti orang kafir, hanya pecaya bahawa rezeki yang datang atas usaha sendiri sedangkan pada hakikatnya Allah yang berikan. Allah Penguasa alam. Allahuakbar!!

Wednesday, August 31, 2011

Tuan Guru Haji Hasyim Pasir Tumboh Dalam Kenangan...

Biodata :
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
 
Pendidikan :
  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
    6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)
 Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Add caption
Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh 
oleh ribuan pelajar
Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid 
DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru
Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru
MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM 
jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .

Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu ...
ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah ! 
Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal ...
Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi 
AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM